7 jenis windows 7

Posted by ZafrinZaki | |


Windows 7 Starter
Diperuntukkan bagi mereka yang dah pun memiliki komputer kecil atau netbook. Sistem nie lebih banyak ciri yang dapat digunakan ntuk berhubungan dengan dunia maya atau internet.

Windows 7 Home Basic
Pada umumnya ianya seperti windows vista home basic. Ciri windows 7 home basic sudah cukup lengkap dibandingkan dengan windows starter dan sangat dinajurkan bagi pengguna rumah.

Windows 7 Home Premium
Jenis yang nie pulak adalah sistem yang relatif lengkap dan berpadanan untuk pengguna rumah, terutamanya yang menikmati kemudahan TV turner, DVD dan sebagainya. Selain itu tentu saja masih dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti rangkaian internet connection sharing dan sebagainya.

Windows 7 Professional
Berpadanan untuk para profesional yang mahukan sambungan yang boleh dipercayai, kemudahan lengkap, peralatan perniagaan dan seterusnya kemudahan rangkaian yang disediakan oleh windows 7 profesional jauh lebih lengkap dari windows 7 starter home basic atau home premium.

Windows 7 Enterprise
Kemudahan yang ditawarkan pada windows 7 enterprise mencerminkan sistem yang layak digunakan untuk korporat. Kerana itu merangkumi pelbagai keperluan perniagaan, pejabat dan sebagainya.

Windows 7 Ultimate
Windows 7 Ultimate adalah output daripada sistem operasi windows lengkap. Disini anda dapat menemukan dan menggunakan kemudahan rangkaian, kemudahan backup dan memulihkan lebih terperinci.

Windows 7 E
Sistem operasi keluaran Microsoft pertama kali dilancarkan dengan sanak keluarganya yang lain. Ianya mungkin tak dipasarkan di seluruh dunia. Hanya digunakan disekitar eropah saja.. Mungkin juga E tu merujuk pada Europe.. Eropah..Untuk maklumat lanjut anda boleh lawat laman web Microsft.

Fakta menarik yang mesti korang nak tau..

* Istilah perisian (software) pertama kali digunakan oleh John W.Tukey pada tahun 1958.

* Perisian dibangunkan dan dijuruterakan serta cepat membangun. Banyak memudahkan kerja manusia.

* Dalam sains komputer dan kejuruteraan perisian, perisian komputer merupakan semua program komputer. Ia menjadi teori asas perisian moden dan dipopularkan oleh Alan Turing dalam eseinya pada tahun 1935.

* Firma pemprograman kontrak pertama ditubuhkan pada tahun 1950. Tahun ini juga aplikasi bisnes digunakan dengan meluas.

* Ciptaan komputer pada pertengahan tahun 1970 mendorong kepada penubuhan firma perisian komputer pertama Microsoft dan Software Arts dengan penghasilan program lembar kerja VisiCalc.

* Komputer pertama yang boleh menyimpan program perisian merupakan Mesin Eksperimen Skala Kecil Manchester yang dinamakan sebagai Baby. Program pertama mesin ini dihasilkan oleh Tom Kilburn pada 1984 untuk menjalankan Baby.

* Hanya selepas tahun 1981 program perisian layak untuk dipatenkan oleh Mahkamah Agung.

* FORTRAN merupakan bahasa pemprograman tahap tinggi pertama yang dicipta oleh John Backus dari IBM pada 1954.

* Vannevar Bush mencadangkan hiperteks asas pada 1945.

* Tim Bernes-Lee yang mencipta World Wide Web kemudiannya membangunkan bahasa HTML
atau hiperteks, HTTP dan URL pada 1990.

* Generasi kod yang digunakan untuk memprogram komputer dipanggil bahasa mesin atau kod mesin. Ia gabungan nombor 0 dan 1 dimana komputer menterjemahkannya sebagai arahan elektrik.

* Pada 1983, Microsoft Corporation mengumumkan perisian Microsoft Windows untuk komputer IBM dan hampir-hampir menamakannya Pengurus Antaramuka (Interface Manager).

* Ada Byron Lovelace pernah menulis kertas kerja saintifik pada 1843 yang menjangka akan ada kemunculan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) untuk perisian komputer dan muzik.

* Program pertama penerbitan desktop direka oleh Paul Brainard dan syarikat yang diberi nama Aldus. Program berkenaan dinamakan Aldus Pagemaker 1.0.

* BASIC (Beginner All Purpose Symbolic Instruction Code) ditulis dan dicipta oleh John George Kemeny bersama Tom Kurtzas, ahli matematik Dartmouth College pada 1963.

* Pemprosesan perkataan pertama diperkenalkan pada 1979 oleh Micropro International Inc dan dinamakan sebagai WordStar. Ia merupakan program perisian pemproses perkataan untuk komputer mikro dan antara program perisian terlaris diawal 80an.

* Dr.Dietrich Prinz merupakan penulis program permainan catur asal bagi kegunaan komputer am Manchester Ferranti. Program ini pertama kali dijalankan pada november 1951.

* Charles Bachman mencipta teknologi pangkalan data diawal 1960.

* Peralatan debug dan ujian CICS diperkenalkan buat pertama kali oleh Jack Berdy pada 1968, sehubungan dengan penubuhan On-Line Software International.

* Mike Blair menemukan sistem Cyborg pada 1974.

* MARK-IV bahasa pemprograman generasi keempat dihasilkan oleh Informatic Inc merupakan produk perisian pertama mencapai jualan $10 juta pada tahun 1962.

* J.Gregory digelar bapa teknologi DASD, beliau menulis program pengurusan DASD pertama.

* Perisian biasanya direka dan dicipta secara kod, ditulis, dan diprogram pada persekitaran pembangun (IDE) yang memudahkan proses kompilasi program.

* Kebanyakan perisian mempunyai dokumentasi agar pengguna hujung boleh memahami program dan bagaimana untuk menggunakannya.

Mengapa Paypal?

Posted by ZafrinZaki | |



Kita sering mendengar orang berbicara mengenai Paypal dan perlu menggunakannya. Persoalannya, mengapa perlu menggunakan Paypal (memiliki akaun Paypal).

Di antara kelebihan atau kebaikan memiliki akaun Paypal yang verified adalah:

1. Boleh menerima bayaran daripada pelanggan dari seluruh dunia. Anda tidak akan dapat kelebihan ini jika hanya menggunakan akaun bank sahaja untuk menerima bayaran bagi jualan anda di Internet. Akibatnya, hilang pelanggan berpotensi!

2. Cajnya rendah. Tiada yuran setup dan tiada bayaran tahunan atau bulanan seperti mana perkhidmatan yang lain. Di Paypal, anda hanya dicaj apabila menerima bayaran sahaja dan apabila mengeluarkan wang ke akaun bank anda.

3. Cepat digunakan. Untuk membuka akaun, dalam beberapa minit sudah siap. Berbeza dengan aplikasi lain, ia mengambil masa untuk setup itu dan ini. Malah, Paypal juga menyediakan kemudahan untuk membuat "Button Buy" yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja walau tiada kemahiran IT yang tinggi.

4. Kredibiliti. Paypal adalah di antara payment processor Online yang terbaik di Internet. Ia digunakan oleh kebanyakan pihak perniagaan dan individu. Jika anda meletak pilihan bayaran melalui Paypal, pembeli anda tidak akan meragui proses pembelian melalui kad kredit mereka. Selamat dan dipercayai.

Itulah dia di antara sebab mengapa kita memilih Paypal berbanding perkhidmatn yang lain. Tidak dinafikan kemudahan lain juga ada kelebihan masing-masing. Maka begitu juga Paypal, ia juga ada kelebihan sendiri.

5. Boleh berniaga di Ebay. Tidak menggunakan akaun Paypal untuk berniaga di Ebay umpama tidak cukup syarat berbisnes di Ebay. Paypal adalah milik Ebay. Pada tahun 2010, pihak Ebay telah menambah fungsi di Ebay.com.my iaitu peniaga di Ebay Malaysia boleh menerima bayaran melalui Paypal.

---

Belum memiliki akaun Paypal? Tidak perlu pening kepala bertanya di sana sini atau mencari informasi dengan sendiri di Internet. Panduan ini boleh membantu anda:

Klik nie --> paypal

Hari ini saya menemui satu artikel di melayubuntu.blogspot.com. Artikel yang agak menarik minat untuk dikongsi bersama. Tajuk artikel "semua antivirus melembapkan pc anda kecuali ubuntu".

kajian telah dilakukan pada sebuah komputer yang mempunyai spesifikasi seperti berikut :

Model: Dell Studio One 1909 Desktop
CPU: Intel Core 2 Duo E8400 (3GHz, 1333FSB, 6MB Cache)
RAM: 4GB (2x2GB) DDR2
HDD: 640GB SATA 3.0Gb/s with NCQ
Video Card: Nvidia GeForce 9400 256MB
O/S: Windows 7 Home Premium (32-bit)

Dan antara bahan kajian (antivirus) yang digunakan ialah

  • avast! Free Antivirus 5.0.545
  • AVG Anti-Virus Free Edition 9.0.829
  • Avira AntiVir Personal v10.0.0.567
  • BitDefender Antivirus 2010 v13.0.21.347
  • Comodo Antivirus 4.1.150349.920
  • Dr.Web anti-virus for Windows 6.0.0.03100
  • Emsisoft Anti-Malware 5.0.0.60
  • ESET NOD32 Antivirus v4.2.42.0
  • F-Secure Anti-Virus 2010 v10.00.246
  • G Data AntiVirus 2011 v21.0.2.1
  • Kaspersky Anti-Virus 2011 v11.0.0.232
  • Kaspersky Internet Security 2011 v11.0.0.232 (a)
  • Kaspersky PURE v9.0.0.192
  • McAfee AntiVirus Plus v10.5.178
  • McAfee Internet Security v10.5.178
  • Microsoft Security Essentials 1.0.1961
  • Norton 360 v4.2.0.12
  • Norton Antivirus 2010 v17.7.0.12
  • Panda Antivirus Pro 2010 v9.01.00
  • Rising Antivirus 2010 v22.00.04.22
  • Sophos Endpoint Security and Control v9.5 (Anti-Virus)
  • Trend Micro Internet Security v17.50.1647
Untuk mengetahui keputusan kajian ini, sila ke http://www.raymond.cc/antivirus/. Kemudian pilih dari senarai skop ujikaji untuk mengetahuinya.
Contohnya, antara skop kajian ialah Boot Time iaitu proses untuk komputer menjalankan sesuatu sistem operasi. Keputusannya adalah seperti dibawah yang mana anda boleh lihat dan simpulkan kewujudan sesuatu antivirus dalam sesebuah komputer mampu menyebabkan kelembapan yang agak signifikan.


Cuba bayangkan satu sistem operasi yang tidak perlu menjalankan perisian antivirus secara realtime dan tidak lansung terkesan dengan fakta kelembapan diatas. Sekiranya anda mengidamkan sistem operasi seperti itu, saya cadangkan anda menggunakan ubuntu dan alamilah perubahan ketara dari segi keupayaan komputer anda. Jom ubuntu sekarang..

Panda NanoScan adalah servis pengesan Virus secara online yang dibina oleh Panda Software. Ini bermakna, anda tidak perlu install apa – apa software di dalam komputer. Apa yang di perlukan hanyalah sambungan Internet, dan NanoScan akan memeriksa komputer anda secara atas talian. Mudah jek..

NanoScan

NanoScan mengambil masa yang amat pantas,kira - kira 1 minit sahaja untuk memeriksa keseluruhan PC anda. Jika NanoScan mengesan apa – apa ancaman pada PC anda, anda bolehlah menggunakan TotalScan untuk membuang ancaman – ancaman tersebut.

Teruskan membaca bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai NanoScan dan TotalScan.

NanoScan hanya menyokong Internet Explorer (6 dan ke atas) serta Firefox (1.5 atau 2) sahaja buat masa ini.




Google baru sahaja melancarkan Google Buzz, sebuah social network yang menyerupai Twitter dan Facebook. Ia membolehkan anda berkongsi buah fikiran, gambar, link dan banyak lagi.

Kali pertama anda membuka Google Buzz, kawan-kawan akan ditambah secara automatik berdasarkan kenalan anda di GMail, dan anda sudah boleh melihat udpate daripada mereka. Ini merupakan cara yang bijak daripada Google untuk memudahkan pengguna memahami apa itu Google Buzz.

Untuk menyaingi Facebook dan Twitter, Google Buzz cuba menawarkan integrasi dengan pelbagai servis lain seperti Flickr, Picasa, malah Twitter sendiri. Dengan integrasi seperti ini, mungkin anda boleh menjadikan Google Buzz sebagai tempat untuk menguruskan segala jenis servis yang anda miliki. Namun bagi sesetengah orang, mereka tidak perlukan satu lagi tempat yang lain untuk memeriksa komen bagi update yang telah dikirimkan di Facebook, Twitter dan sebagainya.

Google Buzz mempunyai beberapa penambahbaikan berbanding Facebook dan Twitter. Contohnya, anda boleh menyertakan lebih daripada satu gambar pada update. Anda juga dibenarkan untuk menyertakan link atau nama pengguna Buzz yang lain dalam ruangan komen.

Seperti Facebook, anda boleh mengikuti komen dengan mudah pada Google Buzz, tidak seperti sistem komen Twitter yang berterabur. Saya sangat menyukai perkara ini kerana ia menggalakkan perbincangan yang berterusan.

Satu lagi langkah bijak daripada Google adalah dengan membina Google Buzz di dalam GMail. Jadi, para pengguna GMail sedia ada tidak perlu pergi ke laman lain untuk menggunakan Google Buzz (sebab yang saya saya tak mencuba FriendFeed atau Yahoo Meme secara mendalam, kerana perlu pergi ke laman lain). Malah, mungkin GMail akan menerima pendaftaran baru daripada pengguna yang ingin mencuba Google Buzz.

Terdapat juga beberapa pandangan yang mengatakan Google Buzz mungkin akan membunuh Google Wave, produk Google yang baru diperkenalkan tidak lama dahulu. Mungkin kerana terdapat sedikit persamaan di antara kedua-dua servis ini, yang akan membuatkan orang ramai meninggalkan Google Wave.

Bagaimana pula dengan pandangan anda? Adakah Google Buzz akan bertahan atau popularitinya hanya akan bertahan sekejap sahaja seperti Google Wave? Adakah Google Buzz akan menggantikan Twitter atau Facebook? same la kite saksikan...:)

Sekarang nie dah bermacam2 teknologi canggih ada di sekeliling kiter. Belumpun puas guna vista, seven plak muncul. Dunia hari ini yang semakin pesat dan maju menyaksikan persaingan dalam bidang IT oleh syarikat2 gergasi seperti intel, microsoft dan sebagainyer. Setelah sekian lama usb2.0 bermaharajalela di dunia it ni kini muncul pula usb3.0 yang menyediakan kepantasan dari segi pemindahan data. Evolusi 3.0 dijangka dikeluarkan dengan kelajuan 10 kali ganda lebih pantas berbanding versi 2.0 yang memindah fail pada kelajuan 480megabit sesaat (Mbps) yang digunakan pada hari ini.

Bagi Anda yang mengikuti perkembangan digital yang menyaksikan berdozen gigabait aplikasi, muzik, filem dan banyak lagi memerlukan medium sesuai untuk memindahkannya dengan pantas. Anda mungkin akan mengatakan sambungan USB 3.0 adalah satu kemestian.

Tetapi masalahnya di sini adakah komputer anda ataupun mainboard anda menyokong sistem usb 3.0 ini?

Kini Asus telah memudahkan anda dengan memperkenalkan motherboard P7P55D/P7P55D-E baru buatan mereka yang menyokong sistem usb 3.0 yang membolehkan anda memindahkan fail anda dengan cepat dan pantas. Mainboard seperti ini bakal diperluaskan dalam masa terdekat ini bagi memudahkan sistem usb 3.0 ini diguna pakai.


BUNYI BEEP

Posted by ZafrinZaki | |

Pernahkah anda terdengar bunyi beep pada komputer anda ketika komputer dihidupkan?? Jangan panik...sebenarnya dari bunyi tu lah kita dapat kenal pasti jenis dan punca kerosakan. Dengar je dah tau aper rosak..kan senang keje kiter..

Bunyi beep 1 hingga 4 kali ::::>>> komponen yang perlu diperiksa adalah RAM. Cabut ram dari slot dia..pastu gosok dengan pemadam pada lapisan timah, kemudian bersihkan. dan pasang balik..insya allah mujarab.. :)

Bunyi beep 5 kali ::::>>> maybe ada problem dengan processor, pasang tak betul ker, tanggalkan processor tu pastu pasang balik.. kalau bunyi gak sediakan pengeras RM200 lebih untuk beli processor baru. he3x..

Bunyi beep 6 kali :::::>> relax..masalah kecik jek..keyboard problem.. biasa terjadi pada keyboard jenis ps/2,sebab banyak pin..penyelesaiannyer..cabut keyboard tu pastu pasang balik..kalau pin dah bengkok atau patah beli lah keyboard baru.. Dicadangkan beli keyboard jenis usb..senang jek nak plug in.

Bunyi beep 8 kali ::::>>> video kad anda bermasalah atau pasang tak betul. cara nyer sama saje macam ram tadi. gosok je ngan pemadam kat lapisan timah tu..pastu bersihkan dan pasang balik..

Bunyi beep 9 kali :::>>> Berlaku ralat pada cip bios anda. Basic Input Output System (BIOS).

Bunyi beep 10 kali ::::>>> ade problem dengan cmos anda. tukar bateri cmos.