Fakta menarik yang mesti korang nak tau..
* Istilah perisian (software) pertama kali digunakan oleh John W.Tukey pada tahun 1958.
* Perisian dibangunkan dan dijuruterakan serta cepat membangun. Banyak memudahkan kerja manusia.
* Dalam sains komputer dan kejuruteraan perisian, perisian komputer merupakan semua program komputer. Ia menjadi teori asas perisian moden dan dipopularkan oleh Alan Turing dalam eseinya pada tahun 1935.
* Firma pemprograman kontrak pertama ditubuhkan pada tahun 1950. Tahun ini juga aplikasi bisnes digunakan dengan meluas.
* Ciptaan komputer pada pertengahan tahun 1970 mendorong kepada penubuhan firma perisian komputer pertama Microsoft dan Software Arts dengan penghasilan program lembar kerja VisiCalc.
* Komputer pertama yang boleh menyimpan program perisian merupakan Mesin Eksperimen Skala Kecil Manchester yang dinamakan sebagai Baby. Program pertama mesin ini dihasilkan oleh Tom Kilburn pada 1984 untuk menjalankan Baby.
* Hanya selepas tahun 1981 program perisian layak untuk dipatenkan oleh Mahkamah Agung.
* FORTRAN merupakan bahasa pemprograman tahap tinggi pertama yang dicipta oleh John Backus dari IBM pada 1954.
* Vannevar Bush mencadangkan hiperteks asas pada 1945.
* Tim Bernes-Lee yang mencipta World Wide Web kemudiannya membangunkan bahasa HTML
atau hiperteks, HTTP dan URL pada 1990.
* Generasi kod yang digunakan untuk memprogram komputer dipanggil bahasa mesin atau kod mesin. Ia gabungan nombor 0 dan 1 dimana komputer menterjemahkannya sebagai arahan elektrik.
* Pada 1983, Microsoft Corporation mengumumkan perisian Microsoft Windows untuk komputer IBM dan hampir-hampir menamakannya Pengurus Antaramuka (Interface Manager).
* Ada Byron Lovelace pernah menulis kertas kerja saintifik pada 1843 yang menjangka akan ada kemunculan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) untuk perisian komputer dan muzik.
* Program pertama penerbitan desktop direka oleh Paul Brainard dan syarikat yang diberi nama Aldus. Program berkenaan dinamakan Aldus Pagemaker 1.0.
* BASIC (Beginner All Purpose Symbolic Instruction Code) ditulis dan dicipta oleh John George Kemeny bersama Tom Kurtzas, ahli matematik Dartmouth College pada 1963.
* Pemprosesan perkataan pertama diperkenalkan pada 1979 oleh Micropro International Inc dan dinamakan sebagai WordStar. Ia merupakan program perisian pemproses perkataan untuk komputer mikro dan antara program perisian terlaris diawal 80an.
* Dr.Dietrich Prinz merupakan penulis program permainan catur asal bagi kegunaan komputer am Manchester Ferranti. Program ini pertama kali dijalankan pada november 1951.
* Charles Bachman mencipta teknologi pangkalan data diawal 1960.
* Peralatan debug dan ujian CICS diperkenalkan buat pertama kali oleh Jack Berdy pada 1968, sehubungan dengan penubuhan On-Line Software International.
* Mike Blair menemukan sistem Cyborg pada 1974.
* MARK-IV bahasa pemprograman generasi keempat dihasilkan oleh Informatic Inc merupakan produk perisian pertama mencapai jualan $10 juta pada tahun 1962.
* J.Gregory digelar bapa teknologi DASD, beliau menulis program pengurusan DASD pertama.
* Perisian biasanya direka dan dicipta secara kod, ditulis, dan diprogram pada persekitaran pembangun (IDE) yang memudahkan proses kompilasi program.
* Kebanyakan perisian mempunyai dokumentasi agar pengguna hujung boleh memahami program dan bagaimana untuk menggunakannya.