Mengapa Paypal?

Posted by ZafrinZaki | |



Kita sering mendengar orang berbicara mengenai Paypal dan perlu menggunakannya. Persoalannya, mengapa perlu menggunakan Paypal (memiliki akaun Paypal).

Di antara kelebihan atau kebaikan memiliki akaun Paypal yang verified adalah:

1. Boleh menerima bayaran daripada pelanggan dari seluruh dunia. Anda tidak akan dapat kelebihan ini jika hanya menggunakan akaun bank sahaja untuk menerima bayaran bagi jualan anda di Internet. Akibatnya, hilang pelanggan berpotensi!

2. Cajnya rendah. Tiada yuran setup dan tiada bayaran tahunan atau bulanan seperti mana perkhidmatan yang lain. Di Paypal, anda hanya dicaj apabila menerima bayaran sahaja dan apabila mengeluarkan wang ke akaun bank anda.

3. Cepat digunakan. Untuk membuka akaun, dalam beberapa minit sudah siap. Berbeza dengan aplikasi lain, ia mengambil masa untuk setup itu dan ini. Malah, Paypal juga menyediakan kemudahan untuk membuat "Button Buy" yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja walau tiada kemahiran IT yang tinggi.

4. Kredibiliti. Paypal adalah di antara payment processor Online yang terbaik di Internet. Ia digunakan oleh kebanyakan pihak perniagaan dan individu. Jika anda meletak pilihan bayaran melalui Paypal, pembeli anda tidak akan meragui proses pembelian melalui kad kredit mereka. Selamat dan dipercayai.

Itulah dia di antara sebab mengapa kita memilih Paypal berbanding perkhidmatn yang lain. Tidak dinafikan kemudahan lain juga ada kelebihan masing-masing. Maka begitu juga Paypal, ia juga ada kelebihan sendiri.

5. Boleh berniaga di Ebay. Tidak menggunakan akaun Paypal untuk berniaga di Ebay umpama tidak cukup syarat berbisnes di Ebay. Paypal adalah milik Ebay. Pada tahun 2010, pihak Ebay telah menambah fungsi di Ebay.com.my iaitu peniaga di Ebay Malaysia boleh menerima bayaran melalui Paypal.

---

Belum memiliki akaun Paypal? Tidak perlu pening kepala bertanya di sana sini atau mencari informasi dengan sendiri di Internet. Panduan ini boleh membantu anda:

Klik nie --> paypal