Sekarang nie dah bermacam2 teknologi canggih ada di sekeliling kiter. Belumpun puas guna vista, seven plak muncul. Dunia hari ini yang semakin pesat dan maju menyaksikan persaingan dalam bidang IT oleh syarikat2 gergasi seperti intel, microsoft dan sebagainyer. Setelah sekian lama usb2.0 bermaharajalela di dunia it ni kini muncul pula usb3.0 yang menyediakan kepantasan dari segi pemindahan data. Evolusi 3.0 dijangka dikeluarkan dengan kelajuan 10 kali ganda lebih pantas berbanding versi 2.0 yang memindah fail pada kelajuan 480megabit sesaat (Mbps) yang digunakan pada hari ini.

Bagi Anda yang mengikuti perkembangan digital yang menyaksikan berdozen gigabait aplikasi, muzik, filem dan banyak lagi memerlukan medium sesuai untuk memindahkannya dengan pantas. Anda mungkin akan mengatakan sambungan USB 3.0 adalah satu kemestian.

Tetapi masalahnya di sini adakah komputer anda ataupun mainboard anda menyokong sistem usb 3.0 ini?

Kini Asus telah memudahkan anda dengan memperkenalkan motherboard P7P55D/P7P55D-E baru buatan mereka yang menyokong sistem usb 3.0 yang membolehkan anda memindahkan fail anda dengan cepat dan pantas. Mainboard seperti ini bakal diperluaskan dalam masa terdekat ini bagi memudahkan sistem usb 3.0 ini diguna pakai.