Panda NanoScan adalah servis pengesan Virus secara online yang dibina oleh Panda Software. Ini bermakna, anda tidak perlu install apa – apa software di dalam komputer. Apa yang di perlukan hanyalah sambungan Internet, dan NanoScan akan memeriksa komputer anda secara atas talian. Mudah jek..

NanoScan

NanoScan mengambil masa yang amat pantas,kira - kira 1 minit sahaja untuk memeriksa keseluruhan PC anda. Jika NanoScan mengesan apa – apa ancaman pada PC anda, anda bolehlah menggunakan TotalScan untuk membuang ancaman – ancaman tersebut.

Teruskan membaca bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai NanoScan dan TotalScan.

NanoScan hanya menyokong Internet Explorer (6 dan ke atas) serta Firefox (1.5 atau 2) sahaja buat masa ini.