NTLDR Missing !!!
NTLDR Not Found @ NDETECT.COM Not Found
Mungkin ramai yang terkejut atau pelik jika bende ni berlaku pada computer anda semasa ‘Windows Boot’. Untuk menyelesaikan masalah atau tidak tahu untuk buat ape, anda hantar ke kedai computer dan tokey tue kate “Kene Format Laaa Ini PC, Sulah Kene Virus…”. Jadi disini untuk pengetahuan anda, saya cuba terangkan langkah-langkah yang perlu dibuat tanpa perlu format PC anda. Masa yang singkat sahaja diperlukan…

1) Pastikan dahulu ‘File System’ computer anda sama ada FAT atau NTFS.

2) Untuk FAT Partition:
Boot dari disket Win98 anda dan salinlah file NTLDR atau NTDETECT.COM
dari direktori i386 ke drive induk/akar (root) C:\

3) Untuk NTFS Partition :
- Masukkan CD Windows XP dan boot dari CD tersebut.
- Paparan pertama terdapat menu R=Repair, tekan R.
- Tekan angka sesuai dengan lokasi Windows yang ingin diperbaiki (biasanya 1).
- Masukkan password administrator jika diperlukan.
- Masukkan perintah berikut, dimana X: adalah alamat drive dari CD ROM anda.
- Taip: COPY X:\i386\NTLDR C\:
- Taip: COPY X:\i386\NTDETECT.COM C:\
- Selepas tu keluarkan CD dan Restart PC anda.


Semoga berjaya…