Dengan Norton Ghost, anda boleh membuat backup kepada Windows anda. Misalnya, jika anda baru sahaja format komputer dan install segala macam software yang anda perlukan, anda boleh lakukan operasi Ghost terhadap Windows tersebut. Katakan Windows anda kemudiannya mengalami masalah sehingga tak dapat nak buka langsung. Restore sahaja fail Ghost tadi, dan Windows akan kembali seperti sediakala, lengkap dengan segala software yang anda telah install.


Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika anda dikehendaki untuk install Windows ke dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama, kemudian restore fail Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih pantas kerana operasi restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install Windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit.

Anda boleh mendapatkan Norton Ghost versi percubaan di sini. Namun saya sarankan anda menggunakan bootable CD atau disket yang anda boleh perolehi dari mana-mana kedai yang berhampiran.

Pada kali ini, saya akan menunjukkan cara-cara membuat backup Ghost yang anda boleh simpan dalam bentuk fail. Ikuti langkah-langkah di bawah:

Buat Backup Ghost Pada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > To Image. Pilihan ini bertujuan untuk membuat backup untuk partition anda, dan menyimpannya dalam bentuk fail.
4. Pilih hard disk yang mengandungi partition tersebut.

5. Pilih partition yang anda hendak backup.

Anda dikehendaki memilih tempat di mana fail Ghost akan disimpan. Pilih folder yang anda mahu, berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.

Klik OK pada mesej “Proceed with partition image creation?”. Tunggu hingga proses backup selesai, dan anda boleh restart semula PC anda.


Restore Fail Ghost Kepada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost tadi kepada partition asal.
Pilih fail Ghost tersebut dan klik Open.

Pilih partition yang mengandungi fail Ghost.

Pilih hard disk yang mengandungi partition asal.

Pilih partition yang yang anda hendak restore.

Klik OK pada mesej “Proceed with partition restore? Destination partition will be permanently overwritten”. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC setelah proses selesai.


Ok, itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan