Android Dalam Windows?

Posted by ZafrinZaki | |

Jika anda pernah memuat-turun aplikasi dari Bluestacks untuk menggunakan app-app Android di Windows, kini ada cara yang baru untuk membolehkan anda menggunakan app yang sama, tetapi dengan lebih laju.

Sekumpulan pembangun di China telah membina WindowsAndroid – sebuah perisian asal untuk Windows, yang membolehkan anda melancarkan aplikasi-aplikasi yang dibina khusus untuk Android.

Ianya kini masih di peringkat beta, tetapi anda boleh pergi ke laman web mereka http://www.socketeq.com/ untuk memuat-turun aplikasi ini. Selepas anda memuat turun, anda boleh dengan senang melancarkan aplikasi seperti Angry Birds dan macam-macam lagi.

Aplikasi dari Beijing ini berbeza dengan percubaan-percubaan yang lain kerana WindowsAndroid ini boleh memuat-turun aplikasi dari Google Store, jadi tiada halangan untuk apa-apa aplikasi yang ingin di-install. Cuma game-game yang memerlukan accelerometer seperti Temple Run masih belum boleh dimain kerana tidak disokong oleh Windows.

Diantara fungsi-fungsi yang disokong oleh WindowsAndroid:
-          Kawalan oleh papan kekunci dan tetikus
-          Paparan sehingga 1920 x 1080 piksel
-          Menggunakan aplikasi windows seperti Flash dan Windows Media Player untuk memainbalik media
-          Menyokong antaramuka telefon dan juga tablet.
Percubaan pertama pembina aplikasi ini bermula sejak versi android 2.1 Éclair dan juga Android 2.3 Gingerbread.

p/s : Aplikasi ini masih di dalam peringkat Beta, jadi berhati-hati jika anda ingin memuat-turun  
       WindowsAndroid.


Reff : Yahoo News