TERLUPA PASSWORD BIOS

Posted by ZafrinZaki | |

Terdapat beberapa cara yang boleh di lakukan untuk memecahkan kata laluan pada BIOS komputer :

  • Mengeluarkan Bateri Merkuri - Maklumat penetapan BIOS disimpan dalam RAM. Maklumat pada RAM tidak hilang walaupun bekalan kuasa terputus. Ini kerena bateri merkuri membekalkan kuasa kepadanya. Kata laluan dapat dipecahkan dengan mengeluarkan bateri itu dan memasangnya semula.
  • Mengeluarkan Jumper - Biasanya pengeluar membekalkan jumper yang boleh memadamkan penetapan pada BIOS. Tanggalkan jumper dan pasangkan semula selepas beberapa saat. Setelah itu, hidupkan komputer semula dan kata laluan sudah di padamkan.
  • Pemecahan Berdasarkan Nasib - Kata laluan serba guna AMI BIOS : (AMI , BIOS , PASSWORD , AMI?SW , A.M.I , LKWPETER)………Kata laluan serba guna AWARD BIOS : (AWARD_SW , SER , SKY_FOX , aLLY , Syxz , j322 , ALFAROME)
  • Menggunakan Perisian - Terdapat perisian yang boleh digunakan untuk memecahkan kata laluan BIOS seperti AMI.ZIP , AW.ZIP , ZW.COM , AMIDECOD.ZIP.