Posted by ZafrinZaki | |

Newfolder.exe


Kat sini ada disediakan cara-cara manual untuk search dan remove virus new folder.exe. Papehal backup dulu data-data penting yang ada dalam pc anda untuk tujuan keselamatan. Sebab virus ni terer dia leh menyamar dan ubah setting sistem komputer anda. So take care..

Test dulu untuk pastikan pc anda benar2 diserang :

Tekan kekunci Ctrl + Alt + Delete secara serentak untuk membuka Task Manager. Paparan berikut akan muncul (Task manager has been disabled by your administrator). Sahih la komputer/laptop anda telah terkena virus.


Buka My Computer > Tool > Pastikan ada Folder Options.



Klik Start > Run > taipkan msconfig dan tekan Enter. Kalau msconfig tidak muncul, bermakna virus dah menyekatnya.


Klik Start > Run > taipkan regedit dan tekan Enter. Kalau dialog Registry Editor tidak muncul, ertinya komputer/laptop anda telah diserang dengan virus berkenaan.

Simpton-simpton kalau pc anda dah diserang virus jenis nie :

Akses ke Task Manager tidak dibenarkan.

Registry Editor tidak dapat dibuka.

Melaksanakan arahan startup sewaktu sistem bermula.

Mencipta fail baru dengan sambungan .exe dalam fail-fail lain.

Folder Options hilang dari menu Tools.

Menggunakan 50% atau lebih sumber prosessor.



Anda akan dapat melihat terdapat folder yang mempunyai sambungan .exe dalam folder-folder lain selepas kotak Hide extensions for known files types dalam Folder Options dikosongkan.




Penyelesaian :

Runkan aplikasi tersebut.



Klik Remove Virus From Hard Disk.



Klik Restore Windows Default Settings.

Pilih pada kotak yang berkenaan, Apply dan Ok.

Setting asal anda akan kembali dan semua kesan degil dah terhapus.

P/s : Untuk mengelakkan serangan virus ke atas PC anda ketika mencucuk pen drive, sila klik pada Disable AutoPlay on All Drives. Good Luck!