Conficker semakin mengganas
Belum pun reda dengan masalah virus yang ada ketika ini, dunia dikejutkan pula dengan kemunculan virus generasi baru iaitu conficker. Ia juga dikenali sebagai downup, downadup dan kido. Virus jenis cecacing ini menyerang pengguna sistem operasi windows seperti windows 2000, XP, Vista, Server 2003 dan Server 2008. Saiz virus ini adalah 58,368 bytes.
Apabila conficker menyerang ia akan menyebabkan system restore tidak berfungsi lagi (disable).
Ini adalah bertujuan untuk menghalang akses ke website yang mempunyai security yang tinggi.
Kemudian dengan mudah ia akan memasuki ke komputer kerana tiada keselamatan atas sesuatu website. Pengguna akan mudah memuat turun pelbagai jenis data dan satunya mungkin conficker. Bijakkan... Hasillnya virus ini akan mula la merebak dan merayap diseluruh sistem komputer anda..
Sila rujuk di laman web antivirus yang anda gunakan untuk tujuan keselamatan. Sediakan payung sebelum hujan. Kalau dah diserang tiada maaf bagimu. Untuk maklumat lanjut sekiranya pc anda telah dijangkiti conficker klik nie -> info conficker
LONDON - Satu virus komputer misteri kini merebak dengan pantas dan sudah menjangkiti lebih 15 juta komputer di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam tempoh tiga hari sahaja, sebanyak enam juta komputer dijangkiti virus itu yang merupakan jenis cecacing dikenali sebagai Downadup, Conficker atau Kido.
Sehingga kini pakar-pakar masih belum mengetahui apakah tujuan virus misteri itu dicipta dan kesannya terhadap komputer.
Pakar-pakar berpendapat virus itu mungkin tidak mempunyai apa-apa fungsi kerana penciptanya hanya mahu menunjuk kepakaran yang dimilikinya.
Bagaimanapun, beberapa pakar keselamatan berasa ragu kerana tidak mungkin sejenis virus cecacing yang canggih tidak mempunyai tujuan tertentu.
Pengurus Teknikal F-Secure, Tom Gaffney berkata, cecacing itu mungkin dicipta untuk mencuri maklumat sulit pengguna komputer seperti maklumat akaun dan kata laluan.
Menurutnya, cecacing itu tidak memberi kesan kepada pengguna sistem operasi Apple Macs tetapi boleh menjejaskan pengguna Windows yang tidak memasang perisian anti-virus yang dibekalkan oleh Microsoft. - Agensi