1. Start > Run then type "Regedit"
2.masuk ke HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\TrendMicro\PC-cillinNTCorp\CurrentVersion\Misc
3. disebelah kanan cari Allow Uninstall" ubah nilainya menjadi "1".
4. Unistall dari control panel
PortableApps.com adalah satu sut perisian mudah alih yang boleh anda muatkan ke dalam USB
drive untuk dipasang di mana-mana komputer Windows.
Sut ini menyediakan pelbagai jenis perisian yang boleh anda pilih, contohnya Mozilla Firefox untuk melayari laman web, ClamWin untuk antivirus, dan OpenOffice.org untuk membuka dan menyunting fail Word, Excel, dan sebagainya.
Seperti namanya, kelebihan utama perisian mudah alih ini adalah ianya senang dibawa ke mana sahaja. Setelah anda masukkan perisian ini ke dalam pen drive, ia terus boleh dijalankan dari mana-mana komputer. Jadi tak perlulah nak install satu-persatu ke dalam setiap komputer tersebut. Memudahkan, terutamanya bagi orang yang selalu buat kerja di komputer lain (dekat Cyber Cafe misalnya).
Dengan sut PortableApps.com, anda juga boleh menyimpan settings yang telah ditetapkan bagi setiap perisian. Contohnya, anda boleh menyimpan bookmarks yang telah ditanda di Mozilla Firefox.Selain dari perisian-perisian yang ditawarkan, PortableApps.com juga menyediakan PortableApps.com Menu yang dibina untuk memudahkan anda melancarkan aplikasi dari USB Drive; serta PortableApps.com Backup untuk membuat backup terhadap sut perisian PortableApps.com anda.
Sut perisian ini boleh anda download dari PortableApps.com. Anda boleh memilih untuk download:
- Platform Only. Hanya PortableApps.com Menu dan PortableApps.com Backup, serta ikon-ikon yang berkaitan. Download pakej ini sekiranya anda bercadang untuk pilih dan download aplikasi lain satu-persatu.
- Suite Light. Mengandungi perisian-perisian asas seperti Firefox, Thunderbird, ClamWin, dan Sumatra PDF. Namun sut ini tidak mengandungi OpenOffice.org kerana saiz yang terlalu besar, sebaliknya ia mengandungi AbiWord Portable bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word.
- Suite Standard. Mengandungi perisian-perisian asas, sama seperti Suite Light. Suite Standard mengandungi OpenOffice.org bagi bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word, Excel, PowerPoint, dan sebagainya.
Bagi membuat backup pada hard disk dan partition, antara software yang paling poular digunakan adalah Norton Ghost dan Acronis True Image. Walau bagaimanapun, kedua-dua software ini adalah berbayar. Terdapat juga software yang percuma dan open source iaitu PING, namun antaramuka PING adalah mengelirukan, ianya lebih sesuai untuk pengguna yang lebih berpengalaman.
Sebuah lagi software sepertinya yang kurang diketahui ramai adalah Macrium Reflect. Software yang telah dimiliki oleh Microsoft ini bukan sahaja mesra pengguna, malah ianya percuma. Antara fungsi-fungsi yang disediakan oleh Macrium Reflect adalah:
- Membuat backup pada hard disk atau partition dalam bentuk imej
- Restore semula fail imej yang telah dibuat menggunakan Macrium Reflect
- Melihat isi kandungan imej melalui Windows Explorer
- Membuat satu Recovery CD yang boleh digunakan untuk menjalankan Macrium Reflect, sekiranya PC tidak dapat dihidupkan
Berdasarkan ujian yang telah saya buat terhadap Macrium Reflect, kelajuannya membuat backup dan restore adalah sangat bertentangan. Proses backup berjalan dengan sangat pantas, jauh mengatasi Norton Ghost atau PING. Namun, proses restore pula adalah sangat perlahan – ternyata kurang sesuai digunakan sewaktu kecemasan.
Kesimpulan
Software bagi tujuan hard disk backup biasanya dimonopoli oleh Norton dan Acronis, dan kesemuanya mahal-mahal belaka. Software open source seperti PING pula agak sukar digunakan, dan kadang-kala tidak stabil. Macrium Reflect berjaya merapatkan jurang ini dengan menawarkan software yang mesra pengguna, cekap, dan yang percuma. Anda boleh mendapatkan software ini dalam laman web Macrium Reflect.